Tahniah! Aina Abdul rangkul Bintang Paling Popular ABPBH36

LocalEntertainment
12 Oct 2024 • 12:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aina Abdul rangkul Bintang Paling Popular

Penyanyi popular, Aina Abdul rangkul Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke -36 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam ini.

Dengan meraih jumlah undi berjumlah 8,882,662, Aina telah membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dan trofi.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani yang turut mempertahankan kemenangannya dalam kategori Penyanyi Wanita Popular yang diinspirasikan CONBOO telah berjaya menewaskan pencabar lain seperti Siti Nordiana, Khai Bahar, Khairy Jamaluddin dan kumpulan Senario.

Aina Abdul rangkul Bintang Paling Popular

image is not available

Bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular.

Kemenangan Khairy yang terkenal dengan kempen #KJJadiDJ dan #MenangSelfieMenang Undi’ bagai sudah dijangka, mengambil kira sambutan hangat diberi kepada beliau sejak mula bertugas dengan Hot FM.

Aina Abdul rangkul Bintang Paling Popular

image is not available

ABPBH 36 kali ini mengangkat tema Teguh membawa mesej keutuhan, perpaduan dan solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia dan diinspirasikan CONBOO sebagai penaja utama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved