Tahniah! Ayda Jebat umum hamil anak ketiga, usia kandungan kini 4 bulan

EntertainmentFamily & Parenting
30 Aug 2025 • 6:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Berita itu dikongsikan Ayda menerusi satu hantaran di Instagram yang menarik perhatian ramai peminat.

“Assalamualaikum! 3rd Wuvv Junior is coming. Our small family insyaAllah akan bertambah seorang lagi.
“Ayda sekarang dah empat bulan, alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan! Love you guys! ,” tulisnya.

image is not available

image is not available

Ayda Jebat umum hamil anak ketiga

Perkongsian berkenaan menerima ribuan ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan artis yang mendoakan agar proses kehamilannya dipermudahkan.

image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 32, mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla, 3, dan Aali Mateen, 1.

Semoga Ayda dipermudahkan sepanjang kehamilan ini dan keluarga kecilnya terus diberkati dengan kebahagiaan.

Sumber: IG Ayda Jebat