Tak Dirancang, Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga – “Yang Ini Terakhir!”

EntertainmentFamily & Parenting
7 Aug 2025 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, berkongsi berita gembira apabila mendedahkan bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga. Perkara itu diumumkan menerusi sebuah video kreatif di mana Uyaina ditemu bual oleh watak dirinya sendiri dalam bentuk sketsa komedi.

Menurut Uyaina, atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia telah menyimpan berita ini sejak sekian lama dan kini usia kandungannya telah mencecah tiga bulan. Ujarnya,

Saya dah lama simpan rahsia ni. Sekarang kandungan dah masuk tiga bulan.

image is not available

Menariknya, kehamilan kali ini tidak dirancang, namun Uyaina dan suami menerimanya dengan penuh kesyukuran.

Ini rezeki dan pemberian daripada Tuhan. Saya reda dan terima dengan hati terbuka.

Tambah Uyaina lagi, mereka telah sepakat bahawa anak ketiga ini akan menjadi yang terakhir, dan tidak bercadang untuk menambah cahaya mata selepas ini.

image is not available 2025-07-09 14:02:00

"Saya Minta Maaf Pernah Marah, Tegur, Buat Awak Terasa.." - Didakwa 'Kekwat', Pekerja Dedah Sisi Baik Uyaina Arshad