Tahniah! Badminton beregu wanita mara peringkat akhir Sukan Komanwel, 10 fakta menarik M.Thinaah, Pearly Tan

3 Aug 2022 • 2:54 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAHNIAH buat pemain badminton beregu wanita negara, M.Thinaah dan Pearly Tan mara ke peringkat akhir pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Kejayaan itu bukan sahaja memberi makna besar buat skuad badminton negara malah kepada rakyat Malaysia secara amnya.

image is not available
Kredit foto: BAM

Tangkas di gelanggang, pemain beregu wanita negara M.Thinaah yang berpasangan dengan Pearly Tan untuk menyumbang mata ketiga dan seterusnya mengesahkan pingat emas kembali ke dakapan pasukan badminton kebangsaan.

Pearly-Thinaah menewaskan Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, 21-18, 21-17 sekali gus dapat membantu Malaysia membalas dendam kekalahan 1-3 kepada India dalam aksi final Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Meneliti portfolio mereka, ternyata bukan calang-calang pasangan beregu wanita kebangsaan ini. Berikut fakta menarik mengenai M.Thinaah dan Pearly Tan;

image is not available
Kredit foto: BAM

M.Thinaah

1-M.Thinaah atau Thinaah Muralitharan, 24, dilahirkan pada 3 Januari 1998.
2-Beliau mula memasuki pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013.
3-Thinaah merupakan anak kedua kepada pasangan S. Muralitharan, seorang jurutera dan Dr. Parimala Devi, doktor perubatan.
4-Adik perempuan bongsu Thinaah, Selinaah Muralitharan, juga merupakan bekas pemain badminton negeri Selangor.
5-Pernah meraih kejuaraan pada Badminton Terbuka Switzerland 2021 ketika bergandingan dengan Pearly Tan.

Pearly Tan

1-Pearly Tan Koong Le dilahirkan pada 14 Mac 2000 di negeri Kedah Darul Aman.
2-Merupakan anak kepada jurulatih, Tan Seng Hoe. Bapanya mengendalikan Kelab Raket Alor Setar (ASRC), yang merupakan kelab pemain kebangsaan Lee Zii Jia dan Jacky Kok.
3-Tan mula menyertai pasukan badminton kebangsaan pada tahun 2013.
4-Wanita ini merupakan pemenang pingat perak beregu wanita di Kejohanan Junior Asia dan Dunia 2018.
5-Mempunyai ketinggian 1.64 meter, Tan mahir menggunakan tangan kanan.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan buat M.Thinaah dan Pearly Tan!

image is not available
Kredit foto: BWF World Tour

Moga kejayaan yang ditempa mereka menjadi inspirasi buat wanita lain memajukan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Sumber: Bernama

Kredit foto: Bernama, BAM, BWF World Tour