Tahniah! Datuk M Nasir Kini Bergelar Doktor, Datuk Nash Juga Turut Raih Pengiktirafan di UPSI!

LocalEntertainment
23 Nov 2024 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Maestro muzik legenda, Datuk M Nasir, kini secara rasminya bergelar Doktor selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menurut laporan Harian Metro, majlis istiadat bersejarah itu berlangsung semalam di Tanjung Malim, Perak, dan turut diserikan dengan kehadiran Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

M Nasir, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, 67, menyifatkan pengiktirafan ini sebagai satu penghormatan besar buat dirinya yang sudah lebih 45 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni.

“Terima kasih kerana memberi penghormatan ini. Ia sangat bermakna, terutama kerana datang daripada sebuah universiti yang utamakan pendidikan seni. Ini juga tanda UPSI hargai sumbangan seni dalam masyarakat,” katanya.

Bila ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan UPSI selepas ini, M Nasir menjawab, “Kami dah lama kolaborasi! Sejak 2016 lagi, syarikat saya, Luncai Emas Sdn Bhd, jadi rakan strategik UPSI. Malah, ramai pelajar UPSI buat latihan amali di tempat saya.”

image is not available
Datuk nash menerima ijazah sarjana pengajian persembahan secara apel q. Kredit foto – sinar harian

Bukan itu saja, M Nasir turut jadi pakar rujuk dan penasihat bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak 2021.

Dalam pada itu, M Nasir juga melihat pengiktirafan ini bukan hanya untuk dirinya tetapi sebagai tanda UPSI peka terhadap perkembangan industri hiburan tanah air.

“Ini penghormatan buat semua penggiat seni. Walaupun tak baru, tapi saya bersyukur mereka hargai dunia seni secara menyeluruh,” katanya lagi.

Selain M Nasir, vokalis Lefthanded, Datuk Nash, turut mencuri tumpuan bila dia dianugerahkan Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan pada majlis yang sama.

Tahniah buat Datuk M Nasir dan Datuk Nash atas pengiktirafan ini – memang layak!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.