Tahniah! Eyra Hazali selamat bersalin anak ke-3 -“Baby tak sabar tengok dunia”

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 8:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Eyra Hazali selamat bersalin

Pelakon wanita, Eyra Hazali selamat bersalin anak ke-3 dan telah berkongsi berita gembira itu di media sosial miliknya.

Menerusi muat naik Eyra di Insta Story, dia menyatakan bahawa bayinya seakan tidak sabar melihat dunia apabila lahir lebih awal daripada yang dijangka.

image is not available

Eyra Hazali selamat bersalin bayi ke-3

Dalam posting tersebut, dia telah berkongsi gambar sewaktu suaminya, Haziq Nazli mendukung bayi ketiga mereka dengan mengucapkan kata syukur.

“Baby tak sabar nak tengok dunia. Ahlamdulillah,” tulisnya ringkas.

image is not available

Eyra Hazali selamat bersalin seorang lagi ‘keeper’

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Hazirah Qasdina binti Hazali, 25 memaklumkan yang yang dia selamat bersalin pada 26 September 2024 tepat jam 5.43 petang.

Dia juga memberi bayangan bahawa anak ketiganya adalah lelaki apabila meluahkan rasa syukur kerana seorang lagi ‘keeper’ dilahirkan dalam keluarganya.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T, seorang lagi keeper Mama Papa lahir pada 26 September tepat jam 5.43 petang,” ujarnya.

image is not available

Tahniah Eyra dan Haziq!

Susulan daripada itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Eyra dan penjaga gawang pasukan Perak, Haziq Nazli apabila menimang seorang lagi cahaya mata.

Mereka juga mendoakan agar anak yang baru lahir membesar menjadi seorang yang berguna serta mengucapkan selamat berpantang kepada Eyra.

image is not available

Selamat berpantang Eyra!

image is not available

Semoga menjadi anak2 yang soleh

image is not available

Sekadar info, Eyra dan Haziq telah mendirikan rumah tangga pada 2019. Pasangan ini turut mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Hayder Qhalish, 4 dan Endra Haqimie yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram eyrahazali