“Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ketiga

27 Sep 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Eyra Hazali mengucapkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis.


Syukur selamat bersalin

image is not available

Berita gembira itu dikongsi Eyra atau nama sebenarnya Hazira Qasdina Hazali, 25, menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram dan TikTok miliknya.

Bagaimanapun hantaran itu seolah-olah memberi bayangan kelahiran itu berlaku lebih awal berbanding jangkaan asal.

"Baby tak sabar nak tengok dunia. Alhamdulillah," tulisnya di Insta Story.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan suaminya iaitu Haziq Nadzli sedang mendukung bayi mereka.

Bagaimanapun, Eyra tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai bayinya termasuk jantina dan nama.

 

 

 

 

Untuk info, Eyra dan Haziq yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4 dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved