Tahniah! Fauziah Nawi dikurnia darjah kebesaran, kini bawa gelaran Datuk

4 Jul 2023 • 4:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon veteran, Fauziah Nawi kini membawa gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Menurut laporan BERNAMA, seniwati berusia 70 tahun itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan.

Foto: BERNAMA

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

image is not available

Foto: Facebook Fauziah Nawi

Sementara itu, Fauziah meluahkan kesyukuran atas kurniaan darjah kebesaran tersebut menerusi sebuah posting di laman Facebook sebenar tadi.

Melihat di ruangan komen, terdapat rakan artis dan kenalan mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah kepada Fauziah berhubung pencapaian yang diraihnya.

image is not available

Terdahulu, beliau menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) sebagai pengiktirafan terhadap jasa sepanjang berkecimpung dalam kerjaya sebagai anak seni.

Sumber: BERNAMA, Facebook Fauziah Nawi