Agong Kurnia Gelaran Datuk Kepada Pengarah Urusan Kumpulan MAG Dan Pelakon Fauziah Nawi

4 Jul 2023 • 5:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Agong Kurnia Gelaran Datuk Kepada Pengarah Urusan Kumpulan MAG Dan Pelakon Fauziah Nawi

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Izham Ismail dan pelakon veteran Datuk Fauziah Nawi.

Dua tokoh itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim.

Seri Paduka juga berkenaan menganugerahkan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 14 individu dan Darjah Setia Mahkota (JSM) kepada 17 individu.

Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 58 individu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada 15 individu dan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 75 individu.

Pada istiadat pengurniaan hari ini, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 72 individu dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 43 individu.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Sumber: BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved