Usahawan Jofliam kini sah bergelar suami kepada Emira Delyati Dewi selepas melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di Threads, Jofliam berkongsi gambar mesra bersama isterinya di pelamin dengan kapsyen ringkas, “Alhamdulillah halal, esok saya spam banyak-banyak.” Pasangan ini dipercayai disatukan di kediaman Jofliam dengan kehadiran keluarga terdekat, dan menggunakan khidmat Munstara.Event sebagai perancang majlis.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah reaksi daripada bekas isterinya, Cik Epal, yang membuat satu hantaran sindiran di Instagram tidak lama selepas berita pernikahan itu tersebar.
- Siasatan awal dapati mercun tidak cukup kuat sebabkan letupan di Putra Heights – Polis
- ‘Doakan saya dan Bella’ – Syed Saddiq mohon peminat doakan hubungan mereka
- Polis siasat dakwaan individu bermain mercun sebelum letupan paip gas di Putra Heights
- Pemuda UMNO tetap perjuang keadilan untuk abang belon walau ada lebih 100 rekod jenayah lampau
- ‘Kalau saya ada kes lampau, itu bukan lesen untuk sesiapa pukul saya’ – Abang belon tuntut keadilan
Dalam kenyataan tersebut, Cik Epal menulis:
“Tahniah Han & Yuki dapat bibik baru.”
Beliau turut mengingatkan isteri baru Jofliam agar bersedia berdepan kerenah suaminya serta menyebut secara sinis bahawa lelaki tersebut “lemah dengan perempuan acah macam kau.”
Cik Epal turut menamatkan kenyataan itu dengan menyebut:
“Kepada pasangan penyondol laki dan bini orang, semoga berbahagia hingga ke neraka. Sesungguhnya korang memang match made in hell. Sekian terima kasut.”
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua anak, Han dan Yuki. Mereka berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun bersama.
The post ‘Tahniah Han & Yuki dapat bibik baru’ – Cik Epal sindir perkahwinan Jofliam & Dewi? appeared first on The Reporter.



