“Tapi nak datang, kena battle walaupun percuma”- Jofliam Tunai Janji, Bakal Beri Piza Percuma Minggu Hadapan

Entertainment
6 Apr 2025 • 2:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh dan usahawan piza, Jofliam semalam telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang dikenali Emira Delyati Dewi.

Sebelum ini, Jofliam telah berjanji dengan pengikut-pengikut akaun Instagram bahawa dia mahu memberi piza wagyu percuma jika dia berkahwin lagi sekali selepas berpisah dengan bekas isterinya tahun lalu.

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jofliam mengatakan tiada majlis resepsi sempena perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi, sebaliknya majlis resepsi akan digantikan dengan acara piza percuma itu.

image is not available

Dia turut mengatakan pihaknya akan cuba untuk menyediakan sebanyak mungkin makanan untuk sesiapa yang mahu hadir ke acara piza percumanya pada minggu hadapan itu nanti.

image is not available

Terdahulu, Jofliam telah bercerai dengan bekas isterinya yang juga seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Cik Epal pada tahun lalu. Kes perceraian kedua-dua mereka kecoh diperkatakan di media sosial sekitar tahun 2024.

Sumber: Instagram Jofliam

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.