Tahniah! Khairul Aming Lancar Produk Ketiga Iaitu ‘Rendang Nyet Berapi’, Siap Sedia ‘Battle’ 8.8 Nanti

LocalFood
4 Aug 2025 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebentar tadi, pempengaruh dan juga usahawan Khairul Aming memaklumkan syarikatnya baru sahaja melancarkan produk terbaharu iaitu Rendang Nyet Berapi hari ini.

Menambah lagi koleksi makanan sedia dimakan selain sambal nyet dan dendeng berapi, produk kali ini nampaknya bakal membuatkan ramai orang bersedia untuk membeli secara ‘battle’ setelah ia dilancarkan kelak.

Menjengah ke ruangan ‘posting’ pengumuman pelancaran produk terbarunya itu, Khairul Aming turut memuat naik video produksi Rendang Nyet Berapi di kilang yang kelihatan sangat bersih dan teratur.

Produk ketiga Khairulaming. Penat lelah dari 3 bulan lepas akhirnya akan berakhir tak lama lagi. KA tak sabar nak bagi you guys rasa Rendang Nyet Berapi ni.

Dan sudah pasti, ruangan komen hantaran tersebut telah membuatkan netizen teruja dan tidak sabar untuk membeli resipi baru pempengaruh itu!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-04 12:52:04

Kak KM Beri 'Hint' Seakan 'Disondol' Seseorang - "Kau Jangan Ingat Jadi Bini Nombor Dua Senang, Hadap Aku Dulu"