“Ready nak battle” – Khairul Aming Keluarkan Produk Ketiga, Rendang Nyet!

Entertainment
4 Aug 2025 • 1:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, Sambal Nyet oleh Khairul Aming menjadi kegilaan ramai, setiap kali mula dijual, pasti sold out dalam masa beberapa jam sahaja.

Kemudian, pempengaruh masakan itu mengeluarkan satu lagi produk iaitu Dendeng Nyet Berapi. Itu juga menjadi kegilaan ramai sehingga adanya produk tiruan makanan tersebut.

Hari ini, Khairul Aming mengumumkan bahawa terdapat satu lagi produk makanan yang dilancarkan olehnya iaitu Rendeng Nyet Berapi.

“Produk ketiga Khairulaming. Penat lelah dari 3 bulan lepas akhirnya akan berakhir tak lama lagi. KA tak sabar nak bagi you guys rasa Rendang Nyet Berapi ni,” tulisnya di komen.

Makanan ready to eat itu difahamkan akan mula dijual pada 8 Ogos ini iaitu pada hari Jumaat ini.

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri dengan komen yang menyatakan tidak sabar untuk merasa serta membeli produk itu.

image is not available

Meskipun hantaran itu baru dimuat naik kira-kira 30 minit lalu, namun sudah mendapat lebih 1k komen serta 30k tanda likes.

Hebatnya, terliur tengok video tu!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.