Tahniah! KPT umum keputusan UPUOnline, 169,803 lepasan SPM berjaya ke IPTA

22 May 2026 • 4:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan seramai 169,803 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerusi sistem UPUOnline®.

235,480 permohonan yang layak diterima tahun ini

Menurut KPT, daripada 235,480 permohonan yang layak diterima tahun ini, sebanyak 72.11 peratus calon berjaya memperoleh tempat di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Daripada jumlah itu, seramai 91,357 calon ditawarkan ke UA, 60,947 ke Politeknik, 15,844 ke Kolej Komuniti dan 1,655 ke MARA BPT.

image is not available

Laluan khas disediakan buat OKU, Orang Asli, atlet & B40

KPT turut memaklumkan Laluan Khas turut disediakan membabitkan 701 Orang Kurang Upaya (OKU), 310 Orang Asli, 179 atlet serta 10,499 calon kategori B40.

Selain itu, seramai 65 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian.

Malah, buat pertama kali, semua program pengajian dibuka kepada calon OKU berdasarkan kelayakan dan kesesuaian masing-masing sebagai usaha memperluas akses pendidikan tinggi yang lebih inklusif dan adil.

image is not available

363 program pengajian ditawarkan

KPT turut mengambil inisiatif menawarkan tempat kepada calon yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dan ke atas bagi memastikan pelajar terbaik mendapat peluang sewajarnya untuk menyambung pengajian.

Secara keseluruhan, sebanyak 363 program pengajian ditawarkan bagi sesi kali ini melibatkan 41 program sijil, 57 asasi, 264 diploma dan satu ijazah sarjana muda.

image is not available

Menurut kementerian itu lagi, proses pengambilan pelajar dilaksanakan berasaskan prinsip meritokrasi dengan semua calon disusun mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran, KPT membuka peluang kedua melalui proses rayuan UPUOnline® selama 10 hari bermula 22 Mei 2026 jam 12 tengah hari hingga 31 Mei 2026 jam 5 petang.

KPT turut mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya dan berharap peluang melanjutkan pengajian itu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved