Tahniah! Leona tamat pengajian, berjaya genggam ijazah sarjana muda

LocalFamily & Parenting
18 Jul 2025 • 5:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona Azhar atau Leona tamat pengajian peringkat sarjana muda dan berjaya menggenggam skol ijazah selepas tiga tahun melanjutkan pengajian di peringkat tersebut.

Leona tamat pengajian di peringkat ijazah

Menerusi hantaran yang dibuat Leona di media sosial miliknya, dia telah memuat naik momen tersebut dengan menyatakan bahawa dia kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dari University Of Bath di England.

Instagram will load in the frontend.

Keluarga sama-sama meraikan momen Leona tamat pengajian

Dalam pada masa yang sama, bapanya yang juga aktor terkenal, Azhar Sulaiman telah berkongsi hari yang cukup menggembirakan buat keluarga apabila dapat berkumpul bersama-sama dan meraikan majlis konvokesyen Leona.

Dia mengucapkan tahniah kepada anak bongsunya itu dan memberitahu bahawa kini Lona boleh terbang sejauh lebih dari apa yang diperoleh sekarang.

“Kini Anda Boleh Terbang Lebih Jauh Dari Tempat Anda Berada.
Tahniah Buat Kasih Iris Leona Azhar,” tulisnya.

image is not available

Ramai ucap tahniah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan ucapan tahniah kepada Leona dan memuji penampilan pempengaruh itu yang cukup cantik mengenakan busana yang mempunyai sentuhan klasik.

image is not available

Beauty with brain!

image is not available

Outfit pun cantik dan sesuai

image is not available

 

Difahamkan, Leona telah menyambung pelajaran ke luar negara sekitar tiga tahun lalu bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin.

Walau bagaimanapun, Rees telah pulang dahulu ke tanah air selepas menyelesaikan pengajiannya di peringkat sama pada tahun lalu.

Sumber: Instagram kasihirisleona