Tahniah! Mamat Got No Chill kongsi berita gembira, isteri kini hamil 3 bulan

LocalFamily & Parenting
20 May 2025 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Mamat Got No Chill

Pempengaruh media sosial, Mamat Got No Chill berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Nurhana kini hamil cahaya mata sulung mereka.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Mamat di laman TikToknya dengan memuat naik sebuah video yang memaparkan isterinya membuat kejutan dengan meletakkan keputusan ujian kehamilan di dalam sebuah kotak.

Mamat Got No Chill

Sebaik sahaja Mamat mengetahui insan tersayangnya itu sedang hamil tiga bulan, dia bertindak memeluk erat sambil menangis kegembiraan.

Mamat Got No Chill

image is not available

image is not available

Tahniah Mamat dan isteri!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Mamat dan isteri yang bakal menerima kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

image is not available
image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar urusan Siti Nurhana sepanjang fasa kehamilan dipermudahkan dan berharap dia dan suami dapat menjadi ibu bapa yang baik kepada anak mereka.

image is not available

Sekadar info, Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Mat Nahar mendirikan rumah tangga dengan Siti Nurhana pada Disember 2023 dan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1212.12 kepada pengantin perempuan.

Sumber: TikTok @MamatGotNoChill