Isteri Tajul Selamat Bersalin Anak Ketiga - “Welcome Adik Baby, Ramai Teka…”

7 May 2025 • 4:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.
 

Syukur urusan bersalin dipermudah


Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Tajul dan isterinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram hari ini.


 


Menurut Shamieza atau lebih mesra disapa Ica meluahkan rasa syukur kerana urusan bersalin dipermudahkan.


 

“MashaAllah Tabarakkalla. From jannah to our arms, our bundle of barakah is here. Welcome adik baby.
 
“Ramai teka baby girl ni boboboy lah. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, dipermudahkan bersalin dari awal sampai akhir,” tulisnya.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Icaa eddie (@icaaeddie)


Bagaimanapun Ica dan Tajul tidak mendedahkan  sepenuhnya wajah bayi comel itu.

 



Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.


 


Untuk rekod, Tajul berkahwin dengan Nurul Shamieza pada 10 Disember 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.