Tahniah! Mia Ahmad & Izham Tarmizi selamat timang anak keempat

LocalFamily & Parenting
23 May 2024 • 9:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tahniah! Pelakon Mia Ahmad yang juga isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi selamat timang anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki pada petang Isnin lalu.

image is not available

Tahniah! Selamat timang anak keempat

Menerusi perkongsian tersebut, Izham memaklumkan yang anak keempat mereka adalah lelaki dan telah dilahirkan pada 5.30 petang, Selasa.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya sepanjang proses kehamilan dan bersalin.

“Syukur alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak keempat pada pada pukul 5.30 petang, semalam (kelmarin).

“Terima kasih yang mendoakan. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan,” katanya.image is not available

Alhamdulillah, tahniah!

Perkongsian tersebut yang dibuat oleh penjaga gol berusia 33 tahun itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada kenalan dan juga peminat mereka.

Rata-rata mendoakan agar puteri tersayang membesar menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibu bapa.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi dan Izham Tarmizi telah melangsungkan pernikahan pada 13 Januari 2017.

Pasangan itu turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.

Sumber: Instagram Izham Tarmizi