Tahniah! Michelle Yeoh Anak Kelahiran Malaysia Pertama Menang Anugerah Oscars

Entertainment
13 Mar 2023 • 12:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sekian lama menanti, akhirnya usaha keras aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh terbalas apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara 95th Academy Awards (Oscars 2023) sebentar tadi (13 Mac).

Kejayaan Michelle sekaligus mengetepikan pencabarnya bagi kategori tersebut iaitu pelakon Andrea Riseborough bagi filem To Leslie, Ana de Armas (Blonde), Cate Blanchett (Tar) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

Kemenangan gilang-gemilang tersebut menjadikan beliau sebagai rakyat Malaysia yang pertama pernah memenagi Anugerah Oscars menerusi menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Bahkan ia menjadikan beliau pelakon wanita bukan kulit putih kedua berjaya memenangi anugerah sama selepas ia kali terakhir dinobatkan kepada Halle Berry pada tahun 2002.

Lebih manis apabila kemenangan tersebut turut disaksikan secara langsung oleh ahli keluarga dan kenalan dalam satu majlis THE PRIDE OF MALAYSIA: TAN SRI MICHELLE YEOH yang sedang berlangsung serentak di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

image is not available

Michelle sewaktu menerima trofi tersebut di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat jelas begitu gembira apatah lagi anugerah tersebut begitu didambakan semua pelakon di seluruh dunia.

Selain Michelle, Everything Everywhere All at Once turut memenangi beberapa lagi kategori iaitu:

  • Ke Huy Quan – (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
  • Jamie Lee Curtis – (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik)
  • Daniel Kwan, Daniel Scheinert – (Lakonlayar Terbaik)
  • Paul Rogers – (Suntingan Filem Terbaik)

Sebagai rekod, Michelle sebelum ini telah memenangi kategori sama pada beberapa acara anugerah berprestij yang lain iaitu Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).