Tahniah! Noh Salleh & isteri timang anak perempuan, pilih nama Tara Svara

EntertainmentFamily & Parenting
26 Nov 2025 • 9:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan komposer, Noh Salleh mengumumkan berita kelahiran anak sulungnya selepas isterinya, Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan bayi perempuan pada 21 November lalu.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan foto momen kelahiran tersebut. Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Bin Salleh, 40, menzahirkan rasa syukur selepas melalui tempoh panjang untuk menimang cahaya mata pertama.

“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dasyat untuk menyedari bahwa hanya ALLAH Yang Maha Esa yang menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, sempurna,” katanya.

image is not available

Noh Salleh & isteri timang anak perempuan

Dalam hantaran yang sama, Noh turut memaklumkan kelahiran anak perempuan itu berlangsung dalam keadaan baik.

“MasyaAllah, Alhamdulillah. Pada tanggal 21 November, isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama.
“Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Noh juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, keluarga, rakan serta para peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Menurutnya, doa semua pihak menjadi pemangkin kelancaran proses kelahiran yang disifatkan sebagai momen penuh emosi dan bermakna.

“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan perjalanan sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
“Doakan Aku, Athira dan Tara Svara,” katanya.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet termasuk rakan selebriti meninggalkan ucapan tahniah  atas kelahiran puteri sulung pasangan itu.

image is not available image is not available image is not available

Artikel lain: Noh Salleh & isteri akui perit, genap 7 bulan bayi meninggal dunia dalam kandungan

Pada September tahun lalu, Noh berkongsi khabar duka apabila kehilangan bayi ketika masih dalam kandungan.

Imbas kembali, Noh mendirikan rumah tangga dengan Fatin Athira pada September 2023.

Sebelum itu, Noh pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan terdahulu, mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

Sumber: IG Noh Salleh