Najwa Latif Timang Anak Pertama

EntertainmentFamily & Parenting
12 Nov 2025 • 3:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Najwa Latif Timang Anak Pertama

Penyanyi lagu Kosong yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan seorang bayi, semalam.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya yang juga seorang penyanyi, Akwa Arifin menerusi laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, Najwa dan saya berbesar hati ingin kongsikan berita kelahiran anak kami pada 11 November 2025. Tarikh istimewa ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.

“Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga semua doa kalian buat kami dibalas dengan lebih lagi, insyaAllah,” ucap penyanyi berkenaan.

Setakat ini, artis berkenaan tidak mendedahkan jantina dan nama bayi yang baru dilahirkan itu.

https://www.instagram.com/p/DQ8qGssEyfL/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MWM0cHNudHd1MHZwcw==

Terdahulu, Najwa memuat naik hantaran sambutan ulang tahun hari lahirnya di laman Instagram.

BACA: Pulang Selepas Setahun, Gelagat Anggota Malbatt Lari Peluk Suami Buat Ramai Terharu

BACA: Sekeluarga Cemas, Tengah Syok Makan Durian, Bomba Ketuk Pintu

BACA: “Bila Kucing Dianggap Keluarga,” Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

Sumber: Akwa Arifin

The post Najwa Latif Timang Anak Pertama appeared first on Siakap Keli.