Tahniah Shakilla! Ramai puji pengantin naik seri dan doakan bahagia till jannah. Ameena pun comel sedondon

Entertainment
24 Feb 2024 • 4:25 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

DESAS-DESUS yang mengatakan pelakon, Shakilla Khoriri bakal menamatkan zaman janda akhirnya terjawab pada pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Nurul Shakilla Mohd Khoriri itu melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup bersama pasangan pilihan yang dikenali dengan nama Fariz di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.

Perkongsian video pendek oleh bekas isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Shukri ketika hadir pada majlis tersebut dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.

Antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis tersebut seperti Ramona Zam Zam yang berkongsi foto kenangan bersama pengantin perempuan.

image is not available

“Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan ameena ❤️,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Ramona turut berkongsi ucapan tahniah kepada Shakilla dan suami dan mendoakan perkahwinan tersebut berkekalan hingga akhir hayat.

 

Masing-masing memuji memuji kecantikan Shakilla yang nampak menyerlah dengan busana songket berwarna pastel.

image is not available

“Lawanya pengantin, make up meletup.” – Maisarah Abdullah

“Hati-hati dengan gambar ni. Risau sebelah sana cakap, Kila cuba mencekik Ameena di hari persandingannya . Apa pun Kila cantik sangat-sangat! Tahniah Kila .” – Nurul Leeyanna

image is not available

“Alhamdulillah. Semoga jadi isteri yang baik dan hormat suami.” – Nadia Anuar

“Happy tengok dia dah dapat kebahagiaan dia.” – Nursamsilah

image is not available

“Naik seri sangat-sangat @shakillakhoriri! Alhamdulillah tahniah!!.” – Pioks Kakkabu

“Comel Ameena sedondon dengan umi .” – LizaHanim

Sebelum ini, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018.

image is not available

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia dan bercerai pada Disember 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!