Tahniah Sherry, Nazim Othman

EntertainmentLifestyle
4 Feb 2026 • 9:40 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara terkenal Sherry Alhadad, sebentar tadi mencuri tumpuan warganet selepas berkongsi gambar dirinya dan Nazim Othman mengenakan busana perkahwinan di laman media sosialnya.

Gaya mereka yang menyerupai pasangan pengantin ini membuatkan ramai peminat awalnya mengandaikan bahawa Shery dan Nazim telah melangsungkan perkahwinan hari ini.

Dalam kapsyen yang ditulis Shery, dia menyelitkan jenaka mengusik peminat.

“Siapa ‘Menantu pilihan Mentua?’ Abang Jagung ke?” – kapsyen ini menambahkan lagi kekeliruan peminat yang terus menganggap mereka sedang bercinta.

Dalam perkongsian tersebut, Sherry turut kelihatan bersama pelakon veteran Dato’ Jalaludin Hassan dan pelakon Nadia Bryan, menarik perhatian ramai peminat yang dipercayai sedang mempromosikan drama terbaharu.

Walaupun begitu, rakan-rakan artis tidak ketinggalan meninggalkan ucapan di ruangan komen kepada Sherry termasuk beberapa penggiat industri hiburan tempatan.

View Original Article