Tahniah! Siti Saleha selamat timang anak sulung -“Nama saya Indra..”

EntertainmentFamily & Parenting
13 Jan 2026 • 4:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita dan berbakat besar, Siti Saleha, 36, berkongsi kegembiraan apabila selamat menimang cahaya mata pertama.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum memuat naik video memperkenalkan anak lelaki mereka yang dinamakan Indra.

“Anak kami telah dilahirkan. Hello, nama saya Indra,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

image is not available

Siti Saleha selamat timang anak sulung

Bagaimanapun, pelakon ini tidak mendedahkan tarikh kelahiran bayi lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan-rakan selebriti turut meninggalkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung buat pasangan merpati dua sejoli itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga dengan Joshua Fitton pada 15 Februari 2025.

image is not available

Pada Mei tahun lalu, pasangan itu mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama, dan kelahiran anak lelaki itu turut diraikan melalui majlis pendedahan jantina.

Sumber: IG Siti Saleha