Tahniah! Siti Saleha umum hamil anak sulung -“Dah lama simpan rahsia..”

EntertainmentFamily & Parenting
30 Jul 2025 • 9:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita berbakat besar, Siti Saleha mengumumkan dirinya kini berbadan dua, sekali gus menjawab spekulasi tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pemilik nama Siti Saleha Mohamad Baharum itu sendiri menerusi sebuah hantaran berbentuk video di media sosial miliknya, hari ini.

Siti Saleha umum hamil anak sulung

Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu turut berkongsi keputusan imbasan kehamilan sambil berpelukan dengan suaminya, Joshua Fitton.

Dalam ruangan kapsyen, dia sempat berseloroh mahu menjadi seperti suaminya yang berperut buncit.

“Josh banyak makan dan perutnya kembung. Jadi saya mahu sepadankan dengan perut dia,” tulisnya.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan gembira atas kehadiran orang baharu yang bakal menyinari kehidupan pasangan merpati dua sejoli itu tidak lama lagi.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, aktres jelita itu memilih untuk tidak mengesahkan mahupun menafikan dakwaan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

Pada ketika itu, dirinya masih belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita buat masa ini dan berharap agar orang ramai terus menitipkan doa yang baik.

Terdahulu, semasa menghadiri acara Malaysia International Film Festival pada Ahad lalu, penampilan Saleha mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat yang mendakwa aktres itu hamil susulan kelihatan seperti ‘baby bump’ pada busana digayakan.

Untuk rekod, Saleha kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Sumber: FB Siti Saleha