(TAHNIAH) Tak Sampai Setahun Bercerai, Hajar Hanif Selamat Bernikah Dengan Suami Baru

LocalEntertainment
10 Aug 2024 • 1:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan mStar, personaliti media sosial iaitu Hajar Hanif sudah sah bergelar seorang isteri sekali lagi kepada pempengaruh, Azwan Aziz dengan sekali lafaz.

Difahamkan, pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Hajar iaitu Mohd Hanif Gobar dengan disaksikan oleh jurunikah Syed Abdullah Syed Nordin.

image is not available

Pengantin lelaki telah menyerahkan RM500 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran, manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis pernikahan tersebut dilakukan secara kecil-kecilan, dimana hanya menjemput 50 orang ahli keluarga dari kedua-dua pihak.

Sekadar info, Hajar Hanif sebelum ini pernah berkahwin dengan pempengaruh, Mikhail tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama selepas lelaki terbabit didakwa curang dan mereka disahkan bercerai 5 Disember tahun lalu.

image is not available 4 months ago

Influencer Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, - "Doakan Saya Jumpa Jodoh Cantik Akhlak Dan Agama"

View Original Article