Tahukah anda? Ada gelaran “Dr” tak semestinya boleh merawat

Health & Fitness
24 Dec 2025 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Tahukah anda? Ada gelaran “Dr” tak semestinya boleh merawat
Gambar: Public Health M'sia

Ramai orang nampak gelaran “Dr”, terus rasa yakin. Tapi dalam perubatan, yang paling penting bukan sekadar gelaran. Yang penting ialah sama ada seseorang itu berdaftar dan berlesen untuk merawat.

Individu yang menamatkan ijazah perubatan memang boleh menggunakan gelaran “Dr” sebagai academic title. Namun untuk praktis sebagai doktor perubatan di Malaysia, individu tersebut wajib berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC), mempunyai Full Registration, dan memiliki Annual Practising Certificate (APC) yang sah.

Kalau tiada pendaftaran MMC atau masih belum ada pendaftaran penuh, dia tidak dibenarkan merawat pesakit, tidak dibenarkan memberi konsultasi perubatan, dan tidak boleh mengaku atau berfungsi sebagai pengamal perubatan di Malaysia.

Walaupun gelaran “Dr” ada, ia tidak sama dengan kebenaran untuk merawat.

.

Yang jadi bahaya ialah bila gelaran “Dr” digunakan dalam cara yang boleh mengelirukan orang awam, contohnya di media sosial atau iklan kesihatan, seolah-olah dia doktor yang berlesen, boleh bagi rawatan, boleh bagi nasihat perubatan untuk penyakit.

Masa itu, orang awam boleh tersilap langkah, lambat dapat rawatan sebenar, atau ikut “rawatan” yang memudaratkan.

Untuk lindungi diri anda dan keluarga, biasakan semak dua benda sebelum percaya nasihat kesihatan: dia berdaftar MMC atau tidak, dan dia memang berlesen untuk berpraktis atau tidak. Gelaran boleh nampak sama, tapi tanggungjawab dan kebenaran klinikal itu berbeza.

Kesihatan bukan tempat untuk kita ambil risiko. Kalau anda ragu, cari nasihat daripada pengamal perubatan yang berdaftar dan diiktiraf. Kita semua sayang orang yang kita jaga, jadi kita pastikan mereka dapat bantuan yang betul.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.