
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuje melaksanakan pemberian diskaun untuk kadar tol sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut bertujuan membantu mengurangkan kos perjalanan rakyat semasa musim perayaan.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat Kabinet hari ini.
“Butiran mengenai perkara ini akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media.
Jelas Fahmi, inisiatif ini bertujuan membantu orang ramai merancang perjalanan pulang mereka dengan lebih baik sempena musim perayaan.
"Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan rakyat serta membantu mereka menentukan tarikh atau masa yang sesuai untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan.
"Butiran penuh, termasuk kelas kenderaan dan jumlah diskaun tol, akan diumumkan Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat," katanya.
Penberian diskaun tol semasa musim cuti perayaan bukan perkara baharu kerana ia pernah beberapa kali dilaksanakan sebelum ini.
Akhir tahun lalu, kerajaan memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus pada 23 dan 24 Disember sempena sambutan Krismas. - Getaran, 6 Februari 2026


