
Nikmati penjimatan separuh harga untuk lebih 100 alat perkakasan di EMTOP pada tahun baru ini.
EMTOP, jenama perkakasan antarabangsa terkenal, sedang mengadakan 'Jualan Mega Tahun Baru' dari 1 Januari hingga 29 Februari 2024. Peminat DIY, pembina profesional, dan petukang seharusnya merebut peluang ini.
Tawaran setengah harga EMTOP merangkumi alat kuasa seperti perengkuh impak litium-ion, berharga RM415 [Harga Biasa: RM830], gerudi impak berharga RM105 setiap satu [Harga Biasa: RM210], penghembus litium-ion berharga RM230 setiap satu [Harga Biasa: RM460], dan pistol haba berharga RM85 setiap satu [Harga Biasa: RM170]. Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai alat perkakasan termasuk alat kuasa, aksesori, peralatan, alat udara, alat taman, alat kegunaan tangan, alat pengukur, pam air, dan banyak lagi pada harga diskaun. Lihat senarai penuh barangan yang ditawarkan di https://www.mrdiy.com.my/default/emtop.
Mengulas tentang inisiatif itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, “Pada tahun baru ini, ramai yang sedang dalam proses mengemas kini dan merenovasi rumah atau premis perniagaan mereka, termasuk melengkapkan kotak perkakasan mereka. Sebagai peruncit, kami memahami cabaran yang dihadapi pelanggan, terutamanya ketika mencari alat perkakasan pada harga yang berpatutan. Dengan inisiatif jualan tahun baru ini, kami ingin mengatasi kebimbangan ini dengan menambahkan nilai buat para pelanggan kami, membolehkan mereka menguruskan bajet secara lebih baik dengan diskaun separuh harga yang menarik untuk lebih 100 produk perkakasan. Sekarang, semua orang boleh mengemas kini alat perkakasan mereka, membuat projek DIY, dan menikmati penjimatan yang besar.”
Pada April 2023, Kumpulan MR D.I.Y. membuka kedai EMTOP pertama sebagai francaisi utama untuk EMTOP di Malaysia. Kini dengan enam lokasi di Lembah Klang, Malaysia, EMTOP, sebuah jenama yang diiktiraf di 80 negara, menawarkan lebih 1,000 produk perkakasan berkualiti, termasuk alat kuasa dan aksesori, dengan ciri-ciri unik: bateri standard yang digunakan untuk lebih 100 alat, memberikan kemudahan dan kecekapan kepada pengguna.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang EMTOP dan aktiviti pelancaran, layari laman web EMTOP di emtop.com/my, dan saluran media di Facebook dan Instagram. Untuk maklumat lebih lanjut tentang MR D.I.Y., kunjungi laman web, platform e-dagang, dan saluran media sosialnya Facebook and Instagram.


