Tahun Melawat Malaysia 2026, Pemandu Bakal Jalani Latihan Bahasa, Etika Pemanduan

LocalTravel
28 Jul 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), Kementerian Pengangkutan (MOT) berhasrat untuk menyediakan latihan asas bahasa dan etika pemanduan kepada pemandu teksi di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu penting kerana industri teksi bukan sekadar pengangkutan, sebaliknya nadi perkhidmatan rakyat dan wajah pertama negara kepada pelancong.

Menurutnya, dalam usaha menjaga keselamatan dan kebajikan pemandu teksi, kerajaan turut menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) golongan itu melibatkan peruntukan Kementerian Kewangan (MOF) dan MOT.

image is not available

“Tahun lepas, MOF memperuntukkan sebanyak 90 peratus dan MOT tanggung 10 peratus (bagi pihak pemandu). Tahun ini sepatutnya pemandu bayar 30 peratus tetapi saya telah bersetuju untuk MOT tanggung 30 peratus (caruman) itu untuk pemandu-pemandu teksi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.