Taib Mahmud dalam fasa pemulihan, tak perlu lantik pemangku

LocalPolitics
1 Aug 2023 • 7:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Taib Mahmud

KUCHING - Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud jatuh sakit semasa berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, keadaan semasa tidak memerlukan pelantikan pemangku Yang Dipertua Negeri.

Beliau berkata, walaupun tidak berada di dalam negeri, Abdul Taib sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan dapat melaksanakan tugas rasmi.

"Kerajaan negeri akan sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan beliau dan tindakan selanjutnya akan berpandukan Undang-Undang Tubuh Negeri serta kepentingan Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan di sini pada Selasa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved