Taib Mahmud Dalam Fasa Pemulihan, Tidak Perlu Lantik Pemangku

LocalPolitics
1 Aug 2023 • 7:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kenyataan media mengenai status terkini Tun Abul Taib Mahmud - gambar Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING -- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud jatuh sakit semasa berada di luar negara dan kini dalam fasa pemulihan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata keadaan semasa tidak memerlukan pelantikan pemangku Yang Dipertua Negeri.

Beliau berkata walaupun tidak berada di dalam negeri, Abdul Taib sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan dapat melaksanakan tugas rasmi.

“Kerajaan negeri akan sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatan beliau dan tindakan selanjutnya akan berpandukan Undang-Undang Tubuh Negeri serta kepentingan Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA