Taiwan mara separuh akhir Piala Thomas

3 May 2024 • 10:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jhe-Huei - Po-Hsuan noktahkan kebangkitan Denmark di pentas suku akhir Piala Thomas Chengdu 2024. Foto AFP

TAIWAN mengesahkan slot separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas mengejutkan juara edisi 2016, Denmark 3-1 dalam aksi suku akhir di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech, Chengdu, pada Jumaat.

Pemain perseorangan pertama Taiwan, Chou Tien Chen memulakan kempen mata naib juara Kumpulan B apabila menewaskan Viktor Axelsen, 21-19, 14-21, 21-19, dalam aksi 68 minit.

Beregu pertama Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin melebarkan kutipan mata pasukannya selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 21-14, 21-15 dalam masa 37 minit.

Denmark yang berstatus juara Kumpulan D kembali bangkit apabila Anders Antonsen menewaskan Lin Chun-Yi, 14-21, 21-10, 21-14 dalam masa 72 minit.

Bagaimanapun beregu kedua Taiwan, Lee Jhe-Huei - Yang Po-Hsuan menoktahkan kebangkitan Denmark apabila menewaskan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 23-21, 21-18 dalam masa 41 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved