Taiwan dilaporkan sedang mempertimbangkan larangan eksport cip kecerdasan buatan (AI) ke seluruh China dan pelanggaran boleh diklasifikasikan sebagai jenayah menurut laporan Bloomberg. Sebelum ini hanya Huawei dan SMIC dimasukkan ke dalam senarai hitam eksport tetapi penyeludupan cip ke China pula tidak dianggap sebagai jenayah.

Turut dipertimbangkan ialah mengenai had eksport pada cip dengan had kuasa tertentu yang digunakan oleh Amerika Syarikat. Hanya cip yang diubahsuai NVIDIA H200 sahaja dibenarkan dengan cip tersebut dibangunkan khusus untuk pasaran China.
Walaupun NVIDIA mengatakan pasaran cip AI mereka di China kini sifar, ia hanya mengambil kiri cip yang dieksport secara sah. Cip NVIDIA masih berjaya diseludup masuk menerusi Taiwan dan Singapura. Pada Mac lalu tiga individu yang mempunyai perkaitan dengan Super Micro Computer Inc di Taiwan didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS kerana membantu menyeludup teknologi AI bernilai sekurang-kurangnya $2.5 bilion ke China.
Sebelum itu pula cip keluaran TSMC ditemukan pada cip AI Huawei Ascend 910B menyebabkan mereka didenda oleh Amerika Syarikat. Penyeludupan menerusi Johor turut berjaya dikesan menyebabkan MITI kini mewajibkan permit walaupun pelayar AI sekadar transit di dalam negara.




