Taiwan Tidak Bersetuju 50% Pengeluaran Cip Dipindahkan Ke Amerika Syarikat

WorldTechnology
1 Oct 2025 • 9:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Taiwan menerusi TSMC ialah pusat pengeluaran cip berteknologi paling terkini di dunia pada ketika ini. Kerana lokasi serta keperluan strategiknya, Taiwan tersepit ditengah-tengah perbalahan antara China dan Amerika Syarikat. Minggu ini Setiausa Perdagangan A.S Howard Lutnick dipetik berjaya Taiwan perlu memindahkan 50% pengeluaran cip ke Amerika Syarikat sekiranya ingin terus menerima perlindungan daripada negara tersebut.

image is not available

Pagi ini timbalan Premier Taiwan, Cheng Li-chiun berkata permintaan pemindahan 50% pengeluaran cip tidak dibincangkan dengan wakil Amerika semasa pertemuan perdagangan dilakukan sebelum ini. Beliau turut menegaskan Taiwan tidak akan bersetuju dengan syarikat ini sekiranya diminta Amerika.

Walaupun Taiwan ialah sekutu Amerika di Asia, ia masih dikenakan tarif 20% oleh pentadbiran Trump. Eksport cip dan semikonduktor terkesan disebabkan oleh tarif ini dengan perbincangan untuk mengurangkannya masih lagi diteruskan. TSMC sudahpun melakukan pelaburan berbilion dollar membina faundri di Amerika tetapi permintaan terkini ini dilihat sebagai mustahil kerana kekangan tenaga kerja pakar, dan rantaian bekalan berbanding di Taiwan.