“Tak ada kena mengena” – Wartawan Melodi Dikecam, Minta Tokti Komen Hal Rumah Tangga Puteri Sarah

Entertainment
25 Jul 2022 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, korang pasti tahu yang Tokti tak lama lagi bakal mengadakan konsert Music Of The Soul bersama Awie Wings pada 5 dan 6 November di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur.

Pun begitu, semasa majlis sidang media konsert berkenaan, ramai di kalangan netizen dikatakan tidak puas hati selepas melihat rakaman rancangan Melodi yang memaparkan seorang wartawan bertanyakan ‘soalan’ kepada penyanyi tersebut. Aikk…

image is not available

Wartawan tanya pasal rumah tangga Puteri Sarah?

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, wartawan berkenaan dilihat bertanyakan pendapat Tokti berkenaan isu ‘penyondol’ iaitu melibatkan masalah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Tokti yang dilihat kurang selesa dengan soalan tersebut menjawab dia tidak mempunyai komen berkenaan hal itu dan hanya mendoakan yang baik-baik saja buat Puteri Sarah dan suaminya.

Malah Tokti juga mengatakan yang dia tidak mahu masuk campur dan hanya mereka yang melaluinya saja memahami apa yang berlaku.

“Yang aneh-aneh jela reporters ni”

Rata-rata netizen dan peminat kepada Tokti berasa marah dengan soalan yang diajukan terhadap penyanyi wanita berkenaan kerana ia dianggap tak relevan dan tiada kena mengena dengannya.

image is not available

Nasiblah Tokti relaks je jawab soalan kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.