“Tak ada orang baca Yasin” – Mimi Peri Kongsi Kisah Duka Bapa Meninggal Terkena Sihir Selepas Jadi Mualaf

Entertainment
5 Apr 2024 • 2:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak hanya terkenal di Indonesia, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mimi Peri turut menjadi perhatian netizen Malaysia kerana sering membuat konten yang menghiburkan ramai.

Namun, di sebalik telatah lucunya yang menghiburkan kita semua, siapa sangka individu yang nama sebenarnya Ahmad Jaelani ini mempunyai kisah duka pada awal kehidupannya.

Perkongsian Mimi Peri baru-baru ini telah meruntun hati netizen ketika dia berkongsikan kisah duka sewaktu kematian bapa tercintanya ketika dia masih kecil.

image is not available

Menerusi sedutan sesi podcast yang dimuat naik di laman Instagramnya, Mimi Peri mendedahkan dia dan keluarga asalnya golongan mualaf.

Selepas tiga tahun mereka memasuki Islam, bapanya tiba-tiba berdepan dengan beberapa sakit misteri sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Dakwa Mimi, kematian bapanya itu seperti akibat daripada perbuatan sihir dan ilmu yang dihantar oleh seseorang.

“Ayah saya sakit dan sakit itu seperti terkena buatan orang. Dia punya sakit itu sampaikan rumput yang hijau boleh mati sekiranya terkena air kencingnya.

“Waktu itu saya baru saja berusia tiga tahun dan ibu saya sangat buntu dengan perkara tersebut.

Menurut Mimi Peri, ketika bapanya meninggal, tiada siapa yang membacakan surah Yasin buat arwah.

“Kita mualaf jadi tiada yang datang, Mungkin kerana berbeza agama dan duduk jauh.

“Biasakan kalau orang meninggal ada orang baca Yasin. Tak ada. Saya masih ingat. Masa bapa meninggal, sepi, hening,” katanya sambil menangis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimi Peri Rapunchelle (@mimi.peri)

Bagaimanapun, Mimi meluahkan rasa syukur kerana akhir usia bapanya sebagai seorang Muslim.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dan bersimpati mendengar perkongsian Mimi itu.

Netizen menyatakan, Mimi selama ini menyembunyikan apa yang terbuku di hati dengan cara menghiburkan orang ramai dengan melakukan konten melucukan di media sosial.

image is not available

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.