“Tak Ada Sorry Sikit Pun” – Staf Kecewa Dakwa Ibu Bapa Biarkan Anak Buang Air Dalam Premis [Video]

15 Jun 2026 • 10:19 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Tak Ada Sorry Sikit Pun” – Staf Kecewa Dakwa Ibu Bapa Biarkan Anak Buang Air Dalam Premis [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memang betul, setiap jenis pekerjaan mempunyai pelbagai bentuk cabaran. Sebagai contoh, jika bekerja di kedai runcit, anda perlu berdepan dengan kerenah pelanggan yang bermacam-macam.

Ada yang memudahkan urusan, namun ada juga segelintir yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan onar di dalam premis. Jangan terkejut ya, ada juga yang bertindak membuang hajat di dalam kedai.

Kanak-kanak Lelaki Berak & Kencing Dalam Kedai

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu dipercayai staf sebuah kedai runcit mendedahkan sikap pelanggan yang dakwanya telah membiarkan sahaja anaknya membuang air besar di dalam premis.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak lelaki tersebut menarik seluarnya ke bawah kemudian berak dan buang air kecil di tengah-tengah laluan kedai berkenaan.

Dia yang sedang diperhatikan beberapa kanak-kanak dan pengunjung lain kemudiannya beredar dari tempat itu selepas selesai.

Ibu Bapa Hanya Biarkan Najis Anak Atas Lantai Kedai

Namun perkara yang membuatkan staf itu berang dan kecewa adalah dia mendakwa ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut hanya membiarkan sahaja najis anaknya bertaburan di lantai tanpa inisiatif untuk membersihkannya atau memakumkan kepada pekerja di sana.

Ibu Bapa Keluar Kedai Tanpa Maklumkan & Minta Maaf Kepada Staf

Dakwanya, ibu bapa budak itu hanya hanya keluar daripada kedai tanpa meminta maaf kepada staf atas kejadian yang berlaku.

“Hari yang tak bertuah. Seorang kanak-kanak telah membuang air besar dan kecil di dalam premis. Kepada parents tersebut terima kasih sangatlah kerana tidak bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku.

“Lepas tu keluar kedai macam tu je, tak ada cakap sorry sikit pun dekat staf dan nak cuci najis anak dia, itu pun pelanggan lain yang datang maklumkan dekat staf ada anak pelanggan lain berak situ.

“Staf juga nak kena cuci najis anak anda. Kami sangat terkilan dengan cara parents tersebut yang tidak bertanggungjawab!” kata pengguna Threads itu.

View on Threads

Dakwa Ibu Bapa Sempat Lagi ‘Cuci Mata’ Selepas Anak Membuang Dalam Kedai

Staf berkenaan di ruangan balas turut mendakwa ibu bapa itu sempat berjalan-jalan di kedai selepas anak membuang di sana.

Meskipun ada pekerja berhampiran, namun satu kata-kata mohon maaf langsung tidak keluar dari mulut ibu bapa kanak-kanak itu berhubung insiden terbabit.

View on Threads

Orang Ramai Turut Berang Dengan Sikap Tak Bertanggungjawab Ibu Bapa Biarkan Anak Najis Anak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa berang dengan sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab ke atas kelakuan anak mereka.

Ada yang berpendapat kanak-kanak tersebut mungkin mempunyai masalah kesihatan namun ada yang merasakan ia bukanlah alasan buat ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada pekerja kedai untuk membersihkan najis anaknya.

“Walaupun budak tu tak normal sekali pun, tidak sepatutnya mak bapak lepas tangan. Anak tak normal bukan tiket untuk jadi mak bapak yang tak bertanggungjawab,” kata seorang wanita.

“Salah ibu bapa. Kalau anak tu tak normal memang mereka (penjaga) sentiasa waspada. Sepatutnya ibu bapa tu ambil tanggungjawab mencuci sisa najis anak tu. Bukan lepas tangan begitu sahaja. Jelaslah bagaimana sikap mereka, tiada tanggungjawab,” tambah seorang warganet.

Kesian Staf Kedai Kena Bersihkan Najis Pelanggan – Netizen

Malah ramai juga yang bersimpati dengan nasib pekerja yang perlu berdepan dengan sikap ibu bapa yang tidak bertamadun.

“Pengotor betul la. Mana mak bapak dia ni, suruh la diorang bersihkan. Kesiannya staf kedai ni yang kena bersihkan taik anak dia,” ujar seorang pengguna Threads.

Berikut antara komen-komen netizen: