Pelakon Rita Rudaini mendedahkan bahawa beliau bakal melangkah ke mahkamah pada Oktober depan bagi menghadapi tindakan saman yang melibatkan dua individu daripada kepimpinan Muafakat MRSM SUBES.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rita menyifatkan proses tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, namun percaya ia menjadi satu titik penting dalam memperjuangkan hak ibu bapa untuk bersuara.

Terdahulu, Rita pernah mendedahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa isu yang didakwa berlaku melibatkan pengurusan Muafakat MRSM, termasuk mendakwa ibu bapa tidak diberikan ruang secukupnya untuk menyuarakan pandangan. Isu tersebut kemudiannya berlarutan sehingga membawa kepada tindakan undang-undang.
Bagaimanapun, Rita tidak memperincikan perkembangan terkini kes tersebut selain memaklumkan bahawa perbicaraan dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
View this post on Instagram
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ada yang memberikan kata-kata semangat kepada pelakon berkenaan agar terus memperjuangkan apa yang dipercayainya, manakala ada juga yang berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik melalui proses mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Terima Hakikat..." - Selepas 10 Tahun Berdiam Diri, Vince Chong Dedah Disahkan Bipolar Jenis 2
The post “Tak Ada Tempat Untuk Bersuara..” – Rita Rudaini Maklum Bakal Melangkah Ke Mahkamah Oktober Ini Berdepan Muafakat MRSM SUBES first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






