Tak Adil kan dah pernah dinyanyikan – Aisha Retno

Music
6 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tak Adil kan dah pernah dinyanyikan – Aisha Retno

 

KUALA LUMPUR: Tindakan penyanyi, Aisha Retno mengubah susunan lagu dan lirik Jodoh Lebaran ketika pembukaan rancangan Borneo Rising adalah selari dengan tema ‘plot twist’ pada konsert rancangan itu minggu lalu.

Kata Aisha, tindakan itu adalah bertepatan dengan kehendak produksi dan tuntutan rancangan mengikuti tema yang telah ditetapkan.

“Untuk yang inginkan sedikit pencerahan, ketahuilah bahawa tugas saya sebagai artis jemputan adalah untuk memberi introduction akan tema yang harus dibawakan oleh para peserta dan it’s called ‘plot twist’.

“Oleh itu,atas persetujuan produksi, saya mem-plot-twistkan lagu sendiri, lagu Jodoh lebaran menjadi jodoh sumandak, buat lirik sendiri and susunan sendiri berbentukkan swing jazz.

“Ok tak? Usahlah berandai andai lagi, Tak Adil kan dah pernah dinyanyikan,” katanya dalam Thread.

Terdahulu, muncul dakwaan di Thread yang penyanyi itu sering membawakan lagu Tak Adil, lantas dikatakan tiada lagu lain untuk dipersembahkan. – UTUSAN

The post Tak Adil kan dah pernah dinyanyikan – Aisha Retno appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved