“Tak Apa Allah Ada” – Ditanya Tentang Keadaan Fatima, Fazura Menangis Dalam ‘Live’

LocalEntertainment
11 Aug 2025 • 11:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon Fazura tidak dapat menahan sebak ketika sedang live di media sosial selepas seorang peminat bertanya mengenai keadaan anaknya, Fatima, susulan isu yang melibatkan kata-kata ‘nenda’ yang menyebut Fatima tak pandai dan tak cantik.

Dalam siaran langsung tersebut, Fazura dilihat menangis di hadapan kamera, kesan daripada pertanyaan tersebut yang mengingatkan dirinya tentang keadaan anaknya.

Rakannya yang berada bersama Fazura dalam live itu turut menjelaskan bahawa budak-budak tidak akan menipu dan tidak ada niat untuk memviralkan video tersebut,

Kalau rasa benda ini saja direka, saja untuk membuatkan viral benda tu, tak apa lah, Allah ada.

 

View on Threads

 

Fazura kemudian mengambil masa untuk mengesat air matanya, dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan dan doa yang baik. Katanaya ringkas,

Allah ada.

Netizen yang menyaksikan siaran langsung itu turut memberi kata-kata semangat kepada Fazura dan tidak terlalu terkesan dengan situasi tak disangka ini.

image is not available

Semoga yang baik-baik buat mereka.

image is not available 2025-08-10 15:53:09

"Saya Hargai.." - Pelbagai Gosip Menimpa, Fazura Balas Luahan Peminat