“Tak Apa Saya Terima Kecaman..” – Daiyan Trisha Mohon Maaf Pada Netizen, Tunjuk Bukti Resit Sumbangan Bantuan Palestin

14 May 2024 • 11:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon popular, Daiyan Trisha telah tersenarai dalam senarai gerakan Blackout 2024 yang menggesa netizen untuk memboikot artis-artis dan pempengaruh yang mempromosikan produk atau jenama yang menyokong Israel.

Tidak pernah lupa

Tidak berdiam diri, aktres ini telah memuat naik satu kenyataan di media sosialnya yang menegaskan dirinya tidak pernah melupakan keadaan rakyat Palestin yang ditindas.

Daiyan juga memohon maaf kepada orang ramai sekiranya apa yang dilakukan olehnya dilihat salah di mata orang lain.

Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.

 

Tak apa saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestin..

image is not available

Tunjuk bukti sumbangan

Dalam pada itu, Daiyan juga berkongsi bukti resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin yang disumbangkan melalui empat badan berbeza. Selepas diteliti, jumlah sumbangan tersebut mencecah hingga RM100,000.

image is not available image is not available

Terdahulu, Daiyan Trisha menerima kecaman daripada netizen yang memboikot artis ini kerana didakwa mempromosikan jenama yang dikaitkan dengan Zionis. Selain Daiyan, terdapat beberapa nama selebriti lain seperti, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Neelofa, Mira Filzah dan banyak lagi.

image is not available 1 day ago

"Saya Faham Awak Kecewa.." - Diboikot Kerana Promosi Jenama Dikaitkan Dengan Zionis, Nadhir Nasar Beri Penjelasan