Tak Bagi Ibu Pakai Lipstick, Aksi Kanak-Kanak Ini Undang Perhatian Ramai [Video]

Family & Parenting
27 Oct 2022 • 6:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Kanak-kanak tak bagi ibu pakai mekap

Kanak-kanak yang sedang membesar sudah tentu mempunyai pelbagai kerenah yang adakalanya mencuit hati.

Malah mereka juga sering menjadi pemerhati dan meniru setiap perkara yang dilakukan oleh orang yang berada di sekeliling mereka.

Bukan itu sahaja, adakalanya mereka juga pandai berkata-kata seperti membebel macam orang yang sudah besar.

Aksi kanak-kanak tak bagi ibu pakai mekap undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Nkhayla yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang membebel kerana tidak membenarkan ibunya memakai alat solek sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, budak perempuan yang berada di dalam kereta itu meminta agar ibunya tidak memakai alat solek kerana dia akan kelihatan comel hingga membuatkan orang yang tidak dikenali tersenyum kepadanya.

Takut ada orang cium ibu

Malah dia turut menyatakan nanti akan ada orang yang mencium pipi ibunya jika memakai alat solek.

“Tak yah, tak yah, tak yah mekap. Tak boleh, nanti orang cium nanti,” bebelnya dalam video tersebut.

Ibunya lalu menerangkan bahawa tidak akan ada orang yang akan menciumnya kerana dia hanya menggunakan lipstick sedikit sahaja.

Buntangkan mata lepas dengar jawapan ibu

Si comel itu kemudian membuntangkan matanya sejurus mendengar jawapan ibunya dan tetap melarang dari menggunakan alat solek.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksinya yang garang itu. Tidak kurang juga ada yang memuji kanak-kanak itu dan menyatakan dia cerdik.

‘Marah betul ibunya nak mekap’

image is not available

‘Comel bijak pandai dik’

image is not available

‘Amboi garangnya dia’

image is not available