Tampar & Letak Cekodok Panas Atas Tangan Nenek, Cucu Kena Penjara 12 Bulan

Entertainment
27 Oct 2022 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain ibu bapa, wajar bagi kita untuk menyayangi insan yang bergelar nenek dan datuk kerana mereka juga antara individu terpenting dalam hidup kita. Kalau tak ada nenek dan datuk, tak adalah juga kita di atas muka bumi ini kan?

Pun begitu, seorang cucu baru-baru ini telah bertindak biadab dengan tergamak menampar serta meletakkan cekodok panas di atas tangan neneknya sendiri sehingga mengakibatkan kecederaan pada warga emas tersebut, lapor Utusan Online. Allahu…

image is not available

Bertengkar sampai halau nenek keluar rumah

Menurut fakta kes, tertuduh katanya dengan sengaja menyebabkan kecederaan neneknya, Halimah Hassan, 83, kira-kira jam 9.20 pagi dekat sebuah rumah di Taman Sutera Belia, Batu Berendam, Melaka pada 21 Oktober lepas.

Semuanya bermula apabila ibu tertuduh melihat anaknya menolak warga emas berkenaan lalu menyuruhnya keluar dari rumah sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Tertuduh kemudian bertindak kasar dengan menampar belakang serta muka neneknya dan mengambil cekodok panas lalu meletakkan ia ke atas tangan mangsa.

Hasil laporan Hospital Melaka mendapati mangsa mengalami kecederaan soft tissue injury dan tertuduh ditahan pada pukul 10 malam, hari yang sama.

Tertuduh, Nazri Zol, 34, yang merupakan seorang penganggur telah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

image is not available

Jika sabit kesalahan tertuduh juga boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda RM2,000 mengikut Seksyen 323 dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, tertuduh yang mengaku bersalah juga merayu hukuman ringan diberikan, manakala pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh dia ditangkap.

Haih kesian neneknya sampai cedera. Entah apa yang merasuk sampai buat macam tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.