“Tak baik cakap b*bi!” – [VIDEO] Niat Nak Ajar Anak Mengaji, Lain Pula Jadinya!

Entertainment
15 Jun 2022 • 3:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mengajar anak kecil untuk melakukan perkara harian bukanlah mudah, lebih-lebih lagi jika kita ingin untuk mengajar mereka sesuatu yang asas seperti membaca atau mengaji.

Sebuah video telah tular di mana seorang ibu tergamam apabila anaknya yang sedang diajar mengaji memarahinya kerana ‘terlepas’ satu perkataan.

@nkhayla

Macam mana nk selesaikan masalah ni ye?

♬ original sound – Nrkhyla – Nrkhyla

Dalam video tersebut, seorang budak perempuan dilihat sedang belajar mengaji bersama ibunya, siap bertudung lagi!

Apabila belajar mengaji, kita biasanya bermula dengan sebutan baris-baris seperti bunyi ‘a’,’i’ dan ‘u’ untuk mengenal huruf di dalam Al-Quran, tiba pada huruf ‘ba’ anaknya itu marah ibunya yang sedang mengajarnya itu.

“Tak baik cakap b*bi!”

Anaknya mula ‘mengamuk’ dan masih tidak boleh menerima kenyataan dan seterusnya menanyakan kepada ibunya mengapa perlu sebut ‘b*bi’ sedangkan itu merupakan perkataan yang kurang elok.

Dalam video yang lain, anaknya itu sambung memarahi ibunya lagi sekali kerana terdengar ibunya memainkan semula videonya itu. Malah, dia juga berkata ingin memberitahu bapanya kerana ibunya bercakap ‘benda yang tak elok’.

@nkhayla

Die terdengar video dia semalam. Dia sambung lagi bebel kt ibu diaimage is not available ayahh help ibuu.. #fypppp #foryourpageviral

♬ original sound – Nrkhyla – Nrkhyla

Macam-macam telatah kanak-kanak ni! Comel betul!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.