
TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba media sosial panas dengan dakwaan penyanyi Marsha Milan dan Bella Astillah bermasam muka. Puncanya pula sangat kecil, apabila perubahan tempat duduk kedua-dua selebriti itu ketika program Borneo Rising menjadi perhatian netizen.
Dalam program berkenaan, Marsha sepatutnya duduk di sebelah bakal isteri Syed Saddiq itu ketika bertindak sebagai juri, namun dia bertukar tempat dengan Shila dan jauh daripada Bella.
Sekecil-kecil perubahan posisi pun tidak terlepas daripada perhatian netizen, lalu bermulalah pelbagai teori mengenai hubungan mereka.
Diva baca pun senyum sendiri. Belum tentu pertukaran tempat duduk bermaksud ada perang dingin. Mungkin mereka lebih selesa duduk di tempat lain, ada urusan tertentu atau sekadar mahu memberi ruang kepada rakan juri.
Jangan semua gerak-geri selebriti mahu dibaca seperti kod rahsia. Lebih baik kita bersangka baik daripada sibuk mencipta cerita tanpa kepastian. Kalau benar ada masalah sekalipun, biarlah empunya badan menyelesaikannya sendiri.
DIVA: Bangga tengok Janna Nick berjaya menghabiskan pengajian sarjana dengan cemerlang Cantik, berjaya dan ada ilmu, memang lengkap pakej!
The post Tak baik kata Marsha, Bella Astillah bermasam muka appeared first on Kosmo Online.




