“Tak Baiklah Korang.. Sambutan Hari Jadi Tu Dibuat Di Rumah, Bukannya Kelab Malam” – Cik B Mohon Maaf Buat Ramai Kecewa

EntertainmentLifestyle
6 Jun 2025 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan terpalit dengan kontroversi berparti, anak usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya mengambil minuman beralkohol sewaktu menyambut hari jadinya.

‘Sambut dekat rumah, bukan kelab malam’

Melalui sesi temubual bersama pihak Melodi TV3, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan sambutan hari jadi itu dilakukan di rumah, bukannya di kelab malam.

Astaghfirullah, saya tak pernah minum apa-apa air yang bukan-bukan. Waktu saya buat ‘RSVP’ pun saya tegaskan dah yang tiadanya minuman alkohol. Tapi tak baiklah korang, main cakap ja saya hidangkan minuman keras.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

Biarpun begitu, personaliti media sosial itu tidak lupa untuk memohon maaf kerana telah menyinggung hati warganet melihat pergaulan bebas yang berlaku sewaktu sambutan hari jadi itu.

Minta maaf buat ramai kecewa kerana pergaulan bebas

Tetapi tak dinafikan ada perkara salah dan tidak bagus seperti pergaulan lelaki dan perempuan. Untuk itu, saya minta maaf dan saya bukanlah seorang manusia yang sempurna.

Di akhir temubual tersebut, Cik B sempat menitipkan rasa terima kasih ke atas semua pihak yang menasihati dirinya dan menerima teguran dengan hati terbuka.

image is not available 1 week ago

Sakan Berparti Sambil Tangan Lelaki Atas Bahu, Netizen Persoal Tindakan Cik B - "Ini Ke Diri Dia Yang Sebenar.."