
PETALING JAYA: “Buat dekat Zepp Kuala Lumpur tapi nak harga (tiket) RM50?”
Demikian respon penyanyi, Mawi, 44, yang terkejut dengan ragam peminat yang meminta beliau mengadakan konsert di pentas gah dengan harga tiket yang tidak masuk akal.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata permintaan tersebut nyata tidak rasional memandangkan pelaburan besar terpaksa dikeluarkan penganjur untuk membuat konsert di pentas ternama.
“Ada yang minta harga tiket konsert RM50, buat dekat Zepp KL. Mandi penganjur dik, mandi. Tak balik modal adik,” ujarnya.
Mawi dalam nada berseloroh berkata akan merealisasikan hasrat peminat itu namun di pentas yang lebih murah.
“Insya-Allah, kalau nak harga RM50 boleh tetapi kena tunggu kita buat konsert dekat Dewan Serbaguna Felda Taib Andak, janji,” ujarnya.
Perkongsian itu menarik perhatian penyanyi, Nourul Depp yang bersetuju dengan pendapat penyanyi itu.
“Zepp Kuala Lumpur sahaja sudah mencedah RM57,000 termasuk pengawal keselamatan,” ujarnya.
The post Tak balik modal adik – Mawi appeared first on Utusan Malaysia.





