“Tak baling apa-apa barang pun…” – Nama Mira Filzah Kena ‘Petik’, Didakwa Berperangai Diva?

Entertainment
3 Nov 2023 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, tular sebuah klip dari podcast tempatan yang menceritakan terdapat seorang selebriti wanita yang mempunyai masalah attitude sehinggakan sanggup membaling skrip ke arah krew produksi.

Apabila ada cerita panas sebegitu, sudah pastinya netizen akan mencari siapakah yang dimaksudkan oleh moderator tersebut.

@syoksyoksyok

Wah! betul-betul rancak eh episod kali ni! OMG! Very the HOT TEA! Biar betul! Campak skrip? Takkan la! Tapi orang industri memang lebih tahu kan…..siapa agaknya selebriti misteri yang Sarancak ngan Nell cakap ni? Korang rasa siapa? Banyak lagi tau hot tea! Korang kena tengok episod penuh Sembang Atas Dulang Musim Kedua! @Ceddy – CEO of Makan Makan @Nell Hanan @Sarancak #podcast #ttylpodcast #sarancak #nellhanan #ceddy #selebriti #selebritimalaysia

♬ original sound – SYOK – SYOK

Antara nama yang ‘naik’ dalam ruangan komen klip tersebut di TikTok ialah pelakon cantik manis Mira Filzah kerana gambaran yang diberikan itu seakan ‘kena’ dengan pelakon Cinta Si Wedding Planner itu

Pun begitu, dalam satu komen di Instagram, Mira Filzah menolak kenyataan oleh netizen itu dan berkata dia sendiri tidak mengenali individu yang menuduhnya itu.

image is not available

“Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa pun pada orang,” tulisnya.

Dalam potongan klip podcast itu, selebriti yang dikatakan itu dilihat sopan-santun di hadapan orang awam tetapi mempunyai sikap yang berbeza di belakang kamera.

Namun, antara moderator dalam klip tersebut iaitu Sarancak berkata individu yang dimaksudkan itu bukanlah Mira Filzah seperti yang dikatakan oleh netizen.

image is not available

Hish korang ni, jangan lah tuduh-tuduh. Tapi siapa yang dimaksudkan tu?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.