Tak benar! Hannah Yeoh nafi tuduhan DBKL hanya ada 7 kakitangan India, seorang Cina

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 8:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menafikan dakwaan tular yang mengatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mempunyai tujuh kakitangan berbangsa India dan seorang berbangsa Cina daripada keseluruhan kira-kira 10,000 pekerja.

Poster tersebar adalah palsu

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau menyatakan poster yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah palsu dan tidak menggambarkan data sebenar perjawatan di pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Hannah menjelaskan sehingga 1 Julai lalu, DBKL mempunyai seramai 9,131 pekerja termasuk 490 kakitangan berbangsa India dan 22 berbangsa Cina.

Beliau memaklumkan, bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional pula, terdapat 10 pegawai India serta dua pegawai Cina.

Sehingga 1 Julai lalu, DBKL mempunyai 9,131 pekerja termasuk 490 berbangsa India dan 22 kakitangan Cina.
“Daripada jumlah itu, dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional, terdapat 10 pegawai India dan dua pegawai Cina,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Aspek representasi DBKL masih ada ruang dipertingkat

Dalam masa sama, beliau mengakui aspek representasi di DBKL masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan.

Sehubungan itu, Hannah berkata beliau telah mengarahkan DBKL meneliti data berkaitan permohonan, pengambilan, kenaikan pangkat serta saluran hebahan jawatan bagi mengenal pasti sebarang jurang yang wujud.

“Saya telah meminta DBKL meneliti data permohonan, pengambilan, kenaikan pangkat dan saluran hebahan jawatan.
“Langkah ini penting supaya kita dapat mengenal pasti jurang sebenar dan mengambil langkah penambahbaikan yang telus, adil serta berasaskan merit,” katanya lagi.

Image from: Tak benar! Hannah Yeoh nafi tuduhan DBKL hanya ada 7 kakitangan India, seorang Cina

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang tidak sahih, lebih-lebih lagi sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, sebarang isu berkaitan kaum tidak seharusnya dijadikan bahan untuk mengeruhkan hubungan masyarakat.

“Isu ini tidak harus dijadikan bahan untuk melaga-lagakan masyarakat.
“Kita perlu membetulkan fakta berdasarkan data yang tepat, di samping memperbaiki kelemahan yang ada,” ujarnya.

Image from: Tak benar! Hannah Yeoh nafi tuduhan DBKL hanya ada 7 kakitangan India, seorang Cina

Sumber: Facebook Hannah Yeoh 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved